BBM3410/18: TELUR TIKET
KE SYURGA
Wahhh tajuk kemain
lagi. Ni aku nak share cerita aku tentang sedekah. Semua orang tahu bersedekah
itu memberi banyak kebaikan disamping mendapat ganjaran Allah S.W.T. Tapi ni
aku nak cerita tentang diri aku. Aku ada duduk di kolej. Kalau anda tahu di
kolej aku ni dekat aras dua blok aku ramai orang akan meletakkan makanan atau
jualan lain di tepi tangga. Jadi aku pun cuba lah letak sesuatu untuk aku jual.
Aku jual telur. Yelaa bagi aku telur makanan yang paling mudah nak masak dan
lagi satu murah. Hehe.. Student biasalah banyak nak guna duit jadi kena lah
berjimatkan.
Pada mulanya okay je
aku jual orang bayar. Tapi aku tak tahu la ada spesies panjang tangan. Selama ni
aku ingat duduk universiti ni orang educated la pemikirannya. Dah la perempuan
tapi perangai mencuri pulak. Sedih sapa jadi suaminya. Jadi aku letak barang
tapi lepastu aku tengoklah barang takde ohh ingat orang dah beli rupanya dengan
duit pun takde. Aku memang dah jangka benda ni akan berlaku sebab itu
risikonya. Kalau sekali dua takpe ni makin aktiv pulak macam takde rasa
bersalah pulak pencuri tu. Aku fikir takpelah sekali dua tapi kalau hari-hari
hurmmm…aku pun bukan orang senang jugak. Aku bantu kau dengan memudahkan kau
takyah pegi jauh-jauh ke pekan dan aku jual lebih murah kot sebab sama-sama
student aku tahu rasa macam mana takde duit nak makan.
Aku sedihlah sebab wujud juga perempuan mencuri..hahaaa.. Lepas tu aku ada meluahkan apa aku rasa ni dekat seseorang ni. Dia kata takpe sabar anggap jela tu sebagai sedekah. Sedekah akan membersihkan hati, melapangkan fikiran dan memberi ketenangan dan kebahagiaan. Manatau telur tu menjadi tiket ke syurga kalau kita betul-betul ikhlas, In sha Allah. Mak aku pun ada cakap mesti orang tu betul-betul takde duit sebab kalau ada duit orang tu pasti takkan mencuri. Rupanya ada orang susah sampai nak makan pon takde duit. Mak suruh niatkan dalam hati supaya anggap semua tu satu sedekah.
No comments:
Post a Comment