Tuesday, September 25, 2018


BBM3410/18 : Kuliah Minggu Ke-2

Bermulanya kelas untuk minggu kedua, Prof Normaliza telah memberi tugasan untuk merakamkan pengalaman semasa Pesta Makanan Tradisional yang telah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.di Universiti Putra Malaysia.

Tugasan yang diberikan adalah setiap pelajar hendaklah mengabil 10 keping gambar suasana pada Pesta Makanan Tradisional tersebut. Setiap gambar yang diambil mestilah mempunyai elemen asas grafik. Antara asas grafik yang telah dipelajari iaitu mudah, warna, kesesuaian, keseimbangan, dan tulisan. 

Selepas itu, semua gambar yang telah diambil mestilah di masukkan dalam akaun instagram sendiri. Pelbagai celoteh dan gelagat rakan-rakan semasa mengambil gambar. Ada yang mengambil gambar dengan pelbagai gaya. Saya pula lebih gemas untuk mengambil gambar keadaan sekeliling. Dengan cara ini dapat melihat keadaan sebenar suasana tersebut selain memerlukan fokus dan ketelitian untuk mengabil gambar yang cantik

Diri Saya

Tentang Aku



          Namaku Nur Emalia Binti Mohd Fouad. Orang panggil Emma. Aku merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Aku merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Aku mempunyai impian dan impian aku untuk merealisasikan impian kedua ibu bapaku.

          Hobi ku membaca novel. Semasa Umurku lingkungan sekolah menengah, aku terlalu suka membaca novel apa-apa jenis novel genre romantik, seram, detektif dan sebagainya sehinggakan novel yang mempunyai 500-600 muka surat hanya mengambil masa 2 hari untuk selesai membaca. Namun semakin membesar aku terpaksa meninggalkan hobiku kerana kekangan waktu dan sebagainya. Aku berharap dapat mencari masa lapang untuk menyambung kembali hobi membaca novel.





BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...