Friday, November 16, 2018


BBM 3410 : KEPENTINGAN AIR UNTUK TUBUH BADAN
Tidak dapat dinafikan lagi sememangnya air penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik memerlukan kita untuk meminum air bagi mengelakkan dehidrasi. Banyak kelebihannya apabila kita minum air secukupnya. Antaranya :

1)      Memberikan tenaga

Seharian kita melakukan aktiviti seharian ataupun berada dibawah terik matahari membuatkan diri kita dehidrasi. Dehidrasi menjadikan kita berasa dahaga dan dapat mengurangkan tenaga kita. Oleh itu, kita memerlukan air untuk mengembalikan tenaga. Dengan minum air secukupnya dapat meningkatkan tenaga supaya dapat melakukan aktiviti seharian.

2)      Menurun berat badan

Ehhh..betulkah dengan minum air secukupnya dapat menurunkan berat badan. Iya sayangku semua..dengan minum air yang tiada kalori, tiada karbohidrat dan tiada gula dapat menggantikan minuman manis dan berkabonat yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Dan kalau anda perasan bila kita minum air dengan banyak dapat menjadikan kita kenyang.

3)      Menjadikan kulit sihat dan bersih

Jika anda hendak tahu air menjadikan kulit kita menjadi lebih sihat dan menawan. Ini kerana jika kulit yang sentiasa berminyak disebabkan kulit kurang kelembapan dan kering dan akan mengeluarkan minyak. Minyak tersebut akan menjadikan kulit kita berjerawat dan kusam. Oleh itu, rajinlah minum air supaya dapat member kelembapan kepada kulit anda.

4)      Detox semulajadi

Sekarang ini selalu dengar tentang kelebihan detox dari  buah dan daun herba. Kalau anda hendak tahu air boleh dikatakan sebagai detok semula jadi. Minum air dengan banyak dapat bantu detox, membuang toksin dan kandungan yang tidak diingini dalam tubuh badan kita. Minumlah air secukupnya untuk tubuh badan anda supaya buah pinggang kita kita berfungsi dengan lebih baik.


Haaa..banyak tau kelebihan minum air secukupnya. Pelbagai manfaat yang diperolehi untuk kesihatan tubuh badan kita. Marilah kita sama-sama perbanyakkan minum air dan kekal bertenaga untuk aktiviti harian.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...