Sunday, December 9, 2018



BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK


Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dalam status tersebut, pelajar hendaklah memberi pandangan, meluahkan perasaan sepanjang berada dikelas profesor Normaliza. dibawah ini saya sertakan 2 keping gambar sebagai bukti saya telah melakukan tugasan tersebut.





Wednesday, December 5, 2018


BBM3410 / 18 : Video Tanpa Wajah

Untuk video kali ini, jalan penceritaan kami adalah tentang dendam seorang perempuan kepada kawan-kawannya kerana telah dibuli.

Lagu : Menunggu Karma.
Penyanyi : Nidji
Lokasi : Sanggar Kolej 12
Pelakon :-
Gadis pendendam : Fidah
Pembuli : Fatin, Syu, Shira .

Krew Akasia Production : Semua ahli.

BBM3410/18 : Video One Shot

Sepanjang kelas multimedia kami telah menghasilkan beberapa Video One Shot.

Video One Shot 1 Layer
- Lagu Tamparan Wanita. Penyanyi kumpulan Elite
- Lokasi : Sanggar Kolej 12

Video One Shot 2 Layer
- Lagu Satu Hari Nanti. Penyanyi Najwa Latif
- Lokasi : Black Box, FBMK

Video One Shot 3 Layer
- Lagu Sahabat. Penyanyi Najwa Latif
- Lokasi : Bukit Ekspo, UPM



BBM3410/18 : PAPAN CERITA

- Untuk tugasan papan cerita kami telah membuat e-majalah tentang produk kami.
- Produk yang dipilih adalah tudung bercorak
- Tajuk e-majalah kami adalah Akasia Production
- Sebanyak 8 jenis tudung
- Antara kelebihan Bawal dari Akasia Production antaranya :-
    - jenis kain sederhana licin
    - kain tidak panas
    - Mudah dibentuk, sesuai dengan semua muka
    - Bawal bidang 45
    - Kain tidak mudah kedut
    - Corak terhad
- Harga untuk setiap produk kami berharga RM 120 sahaja

BBM3410/18 : Asas Grafik

Terdapat lima asas grafik dalam subjek multimedia dalam berbahasa:-

1) keseimbangan
 - ini bermakna seseuatu gambar hendaklah memiliki keseimbangan
 - contohnya gambar dalam sebuah gambar jika terdapat objek dibahagian kirinya hendaklah          dibahagian kanannya mempunyai objek.

2) Warna
- Suatu gambar yang cantik mestilah mempunyai warna untuk menghidupkan gambar tersebut
- gambar pemandangan di dalam hutan sudah pasti memainkan warna hijau supaya menampkkan suasana flora dan fauna

3) Teks
- tulisan di dalam sesebuah gambar yang memainkan peranan
- contohnya tulisan didalam sebuah poster yang dapat menarik perhatian

4) Mudah
- Sebuah gambar yang kelihatan mudah dan tidak sarat dengan perincian seperti objek-objek yang terdapat dalam sesebuah gambar
- contohnya gambar pemandangan di tepi pantai.

5) Kesesuaian
-suatu gambar yang kelihatan sesuai dari segi tempat dan keadaan
- contoh gambar kabinet dapur yang mewah di dalam sebuah dapur yang mewah.

Friday, November 16, 2018

BBM3410 : MAKNA DI SEBALIK WARNA ROS
Adakah anda pernah menerima bunga ros dari seseorang ataupun anda member bunga ros kepada orang lain. Adakah anda tahu setiap warna ros mempunyai makna yang tersendiri. Jom sama-sama kita mengetahui makna disebalik warna ros.
WARNA MERAH HATI

Jika menerima warna ros ini membawa maksud perasaan cinta yang tulus dan sayang dari hati yang ikhlas dari seseorang yang mencintai anda. Wah beruntung siapa yang dapat bunga warna ini.


WARNA UNGGU
Sekiranya anda menerima bunga ros berwarna ungu dari seseorang membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama dengan anda. Warna ini juga melambangkan keagungan, kemegahan dan kemewahan.


WARNA PUTIH
sebagaimana warna putih melambangkan suci dan bersih maka ros putih membawa maksud untuk meluahkan rasa cinta yang suci dan tulus ikhlas di dalam suatu perhubungan. Mesti orang yang member bunga ini betul-betul ikhlas mengharapkan hubungan yang ikhlas.


WARNA HITAM
Ros ini membawa maksud kelahiran semula, kematian atau boleh dikatakan untuk permulaan hubungan yang baru. Bagi mereka yang ingin memutuskan hubungan dengan pasangan, bunga ini boleh diberi kepada pasangan dengan membawa maksud selamat tinggal. Namun begitu, bunga berwarna hitam ini amat sukar untuk ditemui.



WARNA PINK
Saya suka warna ni sebab comel sangat. Jadi apa sebenarnya makna warna ini. Selalunya ros warna pink cerah membawa maksud kekaguman dan tanda simpati. Terdapat warna pink cerak dengan gelap. Kebanyakan wanita akan lebih suka pink cerah sebab ia warna yang lembut dan selalu dikaitkan dengan sifat wanita itu sendiri yang mempunyai sikap yang lembut, dan ayu. Sebaliknya warna ros pink gelap membawa maksud menunjukkan tanda penghargaan kepada penerima.




BBM3410 : FOBIA PELIK TAPI WUJUD

Sebelum kita bercakap tentang fobia ni mari kita mengetahui maksud fobia. Menurut wikipidea Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu perkara atau fenomena. Fobia boleh dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sukar di fahami. Terdapat banyak jenis fobia dalam dunia ni jadi aku nak senaraikan beberapa fobia yang aku rasa pelik tapi wujud di dunia ni.
1.      Cacophobia : Fobia pada kehodohan

       


2.      Chrometophobia/Chrematophobia Fobia pada wang atau duit

  


3.      Geliophobia Fobia pada gelak ketawa


4.      Anuptaphobia : Fobia untuk kekal SINGLE


5.      Obesophobia Fobia untuk bertambah berat (Pocrescophobia)




Pelikkan dan unik rasa macam tidak percaya ianya wujud.. Adakah anda ada salah satu phobia diatas. 

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...