Friday, November 16, 2018


BBM 3410 : CANTIK TAPI SAKIT

Cantik. Apa definisi cantik bagi anda semua. Antaranya majoroti pasti akan menjawab kulit yang PUTIH. Masyarakat kita pada masa kini selalu beranggapan mempunyai kulit putih sahaja adalah cantik dan kulit gelap tidak cantik. Tidak..tidak sama sekali. Siapalah yang mula-mula menjadikan tren kulit cantik sebagai cantik. Aku bukan nak kata kulit putih itu tidak bagus atau cantik tetapi apa yang aku nak tekankan adalah memiliki kulit yang sihat adalah jauh lebih PENTING.

Jika anda perasan pelbagai produk kecantikan bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Lambakan produk-produk kosmestik yang tidak diiktiraf berada di pasaran. Produk-produk ini di kenali sebagai produk timbang kilo. Kalau nak tahu apa itu produk timbang kilo boleh search kat google akan keluar segala produk-produk dari timbang kilo. Kebanyakan founder-founder produk  membeli secara pukal di negara seberang dan menjual kembali ke negara ini. Produk-produk ini sangat mempunyai bahan kimia yang sangat bahaya terutamanya merkuri. Produk ini juga dijenamakan dan di packing. Jika anda perasan terdapat beberapa founder produk sampah ini memasarkan produk yang hampir serupa dari segi bau, warna dan bekas dan sebagainya.


Apa yang membimbangkan adalah produk ini menjanjikan kesan perubahan kulit yang singkat. Ia tidak dapat dinafikan produk ini akan menjadikan kulit anda cantik, putih dan mulus. Tapi apa guna nak memiliki kulit yang cantik jika mendapat kesan sampingan daripada produk timbang kilo ini. Jangan sampai buah pinggang kita rosak sebab mengamalkan produk tersebut demi memiliki kulit putih. Ingat cantik bukan sekadar dari rupa sahaja tapi cantik datangnya dari hati dan perangai. Kalau cantik tapu perangai macam haramjadahh hmmm tak tahu nak kata apa lagi. Ingat bila kulit kita sihat secara automatik kulit kita jadi cantik.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...