BBM 3410 : BOOM! WITH SOCIAL MEDIA
Pada masa
kini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian bukanlah sesuatu
yang aneh malah sudah menjadi suatu keperluan pada masyarakat kini.
Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua
peringkat usia manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia,
pemimpin negara, golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak.
Penggunaannya bertambah hangat apabila terdapat komputer riba dan
telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian fungsi untuk
tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan penggunaan media
sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang sosial
yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram,
Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Jika anda perasan pada zaman
sekarang ini ramai akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan akaun milik media
sosial menjadi terkenal atau tular. Ini kerana untuk mendapat pengikut atau
jumlah ‘like’ yang banyak untuk memajukan diri atau perniagaan mereka.
Jadi
macam mana nak menjadikan diri kita boom dengan media sosial. Haaa.. ni aku nak
tunjukkan lagi satu buku yang sangat bermanfaat untuk kita membacanya. Tajuk
buku ini BOOM WITH SOCIAL MEDIA. Baca buku ini dapat bantu anda yang ingin
mengetahui fungsi sebenarnya media sosial. Dan lebih menariknya salah seorang
penulis buku merupakan orang yang sangat saya kenal iaitu Prof Normaliza. Harap
anda dapatkan buku ini dan semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment