Friday, November 16, 2018



BBM 3410/18 : PROF MASUK TV AL-HIRAH

Assalamualaikum semua ingat tak entry aku sebelumnya tentang mohon isnin kelas online. Inilah tugasan yang diberikan.. harap korang enjoy baca kisah ini.

Aku bangun pagi macam biasa sepatutnya orang dah balik upm tapi masih lagi dekat rumahku. Sebab aku balik rumah lambat sebab jadi petugas konvo masa cuti midsem. Lagipon esok selasa merupakan hari Depavali memang sah lah kelas cancel. Hehe. Jadinya aku bangun pagi tu siap-siap dengan family aku nak keluar pergi sarapan dekat luar selepas itu membeli barang-barang keperluan.

Lepas itu aku perasan smart phone aku no dari tadi vibrate non stop je. Aku tengok whatapps perghhh giler apa yang bising sangat dalam group kelas aku sampai beratus chat group whatapps masuk. Aku pun belek-belek chat rupanya ada tugasan online daaaa.. hahahaa.. tugasan yang prof bagi ni senang je cuma tangkap gambar prof masa tengah live dalam tv Al-Hijrah tapi make sure gambar prof on point okay dan selepas itu masuk ke dalam instagram pula. Nampak senang kan tugasan tapi aku dahlah dekat luar mana nak tengok tv lagi di tambah bagi masa sampai pukul 11 pagi. Habis tu tidak akan aku nak suruh keluarga balik rumah untuk aku buka tv dan tangkap gambar lepas itu masuk ig.

Nasib baik ada kat live kat youtube. Aku pun screenshoot gambar video prof lepas tu masukkan di dalam ig. Terima kasih prof sebab bagi tugasan yang mudah je untuk pelajarnya. Ni buat lagi sayang kat prof Normaliza. 

Pengajarannya yang aku dapat dari kejadian tu adalah jika berlaku sesuatu jangan terus gelabah dan rasa masalah tu beban yang berat, hadapi dulu baru kau tahu masalah tu kau besar atau kecil.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...