Friday, November 16, 2018


BBM 3410 : BOOM! WITH SOCIAL MEDIA

Pada masa kini,  penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian bukanlah sesuatu yang aneh malah sudah menjadi suatu keperluan pada masyarakat kini.  Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara, golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya  bertambah hangat apabila terdapat komputer riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram, Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Jika anda perasan pada zaman sekarang ini ramai akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan akaun milik media sosial menjadi terkenal atau tular. Ini kerana untuk mendapat pengikut atau jumlah ‘like’ yang banyak untuk memajukan diri atau perniagaan mereka.



 Jadi macam mana nak menjadikan diri kita boom dengan media sosial. Haaa.. ni aku nak tunjukkan lagi satu buku yang sangat bermanfaat untuk kita membacanya. Tajuk buku ini BOOM WITH SOCIAL MEDIA. Baca buku ini dapat bantu anda yang ingin mengetahui fungsi sebenarnya media sosial. Dan lebih menariknya salah seorang penulis buku merupakan orang yang sangat saya kenal iaitu Prof Normaliza. Harap anda dapatkan buku ini dan semoga bermanfaat.

BBM 3410 : 200 QUOTES for you…for us…

Dalam hidup ini pelbagai benda yang berlaku dalam hidup kita. Ada hari berjalan dengan lancer dan baik saja. Ada hari perjalanan kita penuh dengan perkara-perkara yang menyakitkan. Erti kata lain setiap hari dalam hidup kita ni apa yang berlaku meninggalkan kesan yang baik dan buruk. Selagi kita dinamakan manusoa memang tidak akan terlepas dari semua itu. Apabila kita dalam keadaan sedih atau gembira pasti kita inginkan dorongan untuk kita menjalani hari-hari kita. Jika kita bersama keluarga atau sahabat baik pasti mereka akan memberikan dorongan. Jadi macam mana kalau kita berjauhan dengan mereka apabila kita betul-betul inginkan dorongan.


Saya nak cadangkan kepada anda semua satu buku ni. Penulis buku ini ada dua orang, salah seorang penulisnya adalah professor saya iaitu professor Normaliza. Tajuk buku 200 quotes for you for us. Dalam buku tersebut terdapat kata-kata semangat, dorongan supaya bersemangat benjalani hari-hari kita. Buku ini dalam bahasa inggeris. Kata-kata  dalam buku ini yang sangat indah dan berkait dalam kehidupan kita. Jadi jangan lupa dapatkan buku ini tau kawan-kawan semua.

BBM 3410 : CANTIK TAPI SAKIT

Cantik. Apa definisi cantik bagi anda semua. Antaranya majoroti pasti akan menjawab kulit yang PUTIH. Masyarakat kita pada masa kini selalu beranggapan mempunyai kulit putih sahaja adalah cantik dan kulit gelap tidak cantik. Tidak..tidak sama sekali. Siapalah yang mula-mula menjadikan tren kulit cantik sebagai cantik. Aku bukan nak kata kulit putih itu tidak bagus atau cantik tetapi apa yang aku nak tekankan adalah memiliki kulit yang sihat adalah jauh lebih PENTING.

Jika anda perasan pelbagai produk kecantikan bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Lambakan produk-produk kosmestik yang tidak diiktiraf berada di pasaran. Produk-produk ini di kenali sebagai produk timbang kilo. Kalau nak tahu apa itu produk timbang kilo boleh search kat google akan keluar segala produk-produk dari timbang kilo. Kebanyakan founder-founder produk  membeli secara pukal di negara seberang dan menjual kembali ke negara ini. Produk-produk ini sangat mempunyai bahan kimia yang sangat bahaya terutamanya merkuri. Produk ini juga dijenamakan dan di packing. Jika anda perasan terdapat beberapa founder produk sampah ini memasarkan produk yang hampir serupa dari segi bau, warna dan bekas dan sebagainya.


Apa yang membimbangkan adalah produk ini menjanjikan kesan perubahan kulit yang singkat. Ia tidak dapat dinafikan produk ini akan menjadikan kulit anda cantik, putih dan mulus. Tapi apa guna nak memiliki kulit yang cantik jika mendapat kesan sampingan daripada produk timbang kilo ini. Jangan sampai buah pinggang kita rosak sebab mengamalkan produk tersebut demi memiliki kulit putih. Ingat cantik bukan sekadar dari rupa sahaja tapi cantik datangnya dari hati dan perangai. Kalau cantik tapu perangai macam haramjadahh hmmm tak tahu nak kata apa lagi. Ingat bila kulit kita sihat secara automatik kulit kita jadi cantik.

BBM 3410 : KEPENTINGAN AIR UNTUK TUBUH BADAN
Tidak dapat dinafikan lagi sememangnya air penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik memerlukan kita untuk meminum air bagi mengelakkan dehidrasi. Banyak kelebihannya apabila kita minum air secukupnya. Antaranya :

1)      Memberikan tenaga

Seharian kita melakukan aktiviti seharian ataupun berada dibawah terik matahari membuatkan diri kita dehidrasi. Dehidrasi menjadikan kita berasa dahaga dan dapat mengurangkan tenaga kita. Oleh itu, kita memerlukan air untuk mengembalikan tenaga. Dengan minum air secukupnya dapat meningkatkan tenaga supaya dapat melakukan aktiviti seharian.

2)      Menurun berat badan

Ehhh..betulkah dengan minum air secukupnya dapat menurunkan berat badan. Iya sayangku semua..dengan minum air yang tiada kalori, tiada karbohidrat dan tiada gula dapat menggantikan minuman manis dan berkabonat yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Dan kalau anda perasan bila kita minum air dengan banyak dapat menjadikan kita kenyang.

3)      Menjadikan kulit sihat dan bersih

Jika anda hendak tahu air menjadikan kulit kita menjadi lebih sihat dan menawan. Ini kerana jika kulit yang sentiasa berminyak disebabkan kulit kurang kelembapan dan kering dan akan mengeluarkan minyak. Minyak tersebut akan menjadikan kulit kita berjerawat dan kusam. Oleh itu, rajinlah minum air supaya dapat member kelembapan kepada kulit anda.

4)      Detox semulajadi

Sekarang ini selalu dengar tentang kelebihan detox dari  buah dan daun herba. Kalau anda hendak tahu air boleh dikatakan sebagai detok semula jadi. Minum air dengan banyak dapat bantu detox, membuang toksin dan kandungan yang tidak diingini dalam tubuh badan kita. Minumlah air secukupnya untuk tubuh badan anda supaya buah pinggang kita kita berfungsi dengan lebih baik.


Haaa..banyak tau kelebihan minum air secukupnya. Pelbagai manfaat yang diperolehi untuk kesihatan tubuh badan kita. Marilah kita sama-sama perbanyakkan minum air dan kekal bertenaga untuk aktiviti harian.

BBM 3410 : VIDEO ONE SHOT 2 LAYER

Assalamualaikum semua pada tugasan lepas kami kumpulan kami telah buat video one shot 1 layer. Tugasan kali ini adalah video one shot 2 layer. Kumpulan kami lagu dari najwa latif iaitu sahabat. Untuk kali ini aku rasa lebih confident sikit sebab aku enjoy buat tugasan ini. Walaupun nak rakam satu video singkat lebih kurang dalam 3 minit tapi mengambil masa dalam 2 jam lebih. Walaupun pun penat dan banyak kerja ditambah aku tengah demam lagi tapi berrbaloi la aku bersama-sama dengan kumpulan aku untuk menyiapkan tugasan ini. Baru aku tahu kenapa pelakon zaman sekarang senang jadi kaya sebab ingat senang ke nak berlakon weii.


Aku untuk tugasan kali ini dapat penilaian yang bagus dari prof Normaliza. Dan berharap sangat dapat A dalam subjek ni..hehehe. lokasi pengambaran kami dekat Bukit Ekspo UPM. 

BBM 3410/18 : UPM KAMPUNG KEDUAKU.

Cuti midsem telah bermula. Prof kesayangan aku sekali lagi telah memberi tugasan kepada pelajarnya. Pelbagai pengalaman yang aku yang manis dan pahit. Pengalaman yang manis aku boleh kenal dengan orang-orang baru dan boleh tengok muka-muka mak ayah dan keluarga mereka yang gembira dan teruja melihat anak-anak yang bergraduan hari tu. Rasa gembira sangat bila tengok muka-muka mereka. Tak sabar nak tengok muka-muka mak ayah aku bila aku terima segulung ijazah. Aku berharap dapat membalas segala jasa-jasa kedua ibu bapa ku nanti. Pengalaman pahit pulak ialah aku aku demam dua hari semasa bertugas..hahaha. Nampak sangat badan lemah. Bukan apa musim sekarang panas terik lepastu hujan macam mana tak demam.

Tugasan kali ni mudah saja cuma ambil 10 keping gambar mengikut teknik yang prof dah ajarkan semasa cuti midsem dengan #kampungku..

Oleh kerana aku sebagai salah seorang petugas konvo bagi pusat alumni upm jadi memang tidak dapat balik kampong. Aku jadikan suasana semasa konvo sebagai salah satu gambar-gambar untuk tugasan aku. Boleh tengok gambar kat bawah ni membuatkan aku bertambah teruja nak memakai jubah konvo pada tahun hadapan. In sha Allah semoga dipermudahkan. 


BBM3410/18: HANTU CANTIK

Semasa menjalani latihan praktikal pelbagai pengalaman pahit dan manis. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mengikuti program yang dianjurkan di kolej tempat saya praktikal make up bridal. Salah seorang pelajar kat situ minta tolong aku jadi aku pun kata boleh tolong mana yang mampu tolong. Aku tanyalah “miss nak tolong apa ye” lepastu dia kata tolong jadi model salah satu student.

Oleh kerana aku baru je kat situ jadi mungkin dengan cara ni aku boleh jadi lebih rapat dengan pelajar kat situ. Aku pun setuju la untuk jadi model muka tu sebab aku fikir Cuma make up je jadi tiada masalah bagi aku.

Semakin hari program tu nak berlansung mesti la nak ada persediaan dan rehearsal majlis. Rupanya aku salah maklumat pula. Ingatkan make up muka sahaja rupanya kena ‘catwalk’ siap ada pentas lagi ala-ala macam pentas fashion show giteww ualls.. hahahaa.. Matilanakk aku ni dah la keras macam kayu.

Lepas tu pergi tengok baju. Baju pengatin dah macam ala-ala princess pulak. Siap ada latihan catwalk lagi. Dan lagi satu yang paling terkejutnya aku ialah program tu di buat disalah satu mall yang besar kat tempat praktikal. Aduhh masalah sebab walaupun aku jenis gila-gila tapi penyegan jugak aku.

Masa hari kejadian tema bridal tapi yang scary la. Haa kau tengok hasil seni salah seorang pelajar. Memang power budak ni. Cantikkan make up. Orang panggil make up pengantin hantu tapi hantu cantik la. Huhu.

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...