Friday, November 16, 2018



BBM3410/18: HANTU CANTIK

Semasa menjalani latihan praktikal pelbagai pengalaman pahit dan manis. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mengikuti program yang dianjurkan di kolej tempat saya praktikal make up bridal. Salah seorang pelajar kat situ minta tolong aku jadi aku pun kata boleh tolong mana yang mampu tolong. Aku tanyalah “miss nak tolong apa ye” lepastu dia kata tolong jadi model salah satu student.

Oleh kerana aku baru je kat situ jadi mungkin dengan cara ni aku boleh jadi lebih rapat dengan pelajar kat situ. Aku pun setuju la untuk jadi model muka tu sebab aku fikir Cuma make up je jadi tiada masalah bagi aku.

Semakin hari program tu nak berlansung mesti la nak ada persediaan dan rehearsal majlis. Rupanya aku salah maklumat pula. Ingatkan make up muka sahaja rupanya kena ‘catwalk’ siap ada pentas lagi ala-ala macam pentas fashion show giteww ualls.. hahahaa.. Matilanakk aku ni dah la keras macam kayu.

Lepas tu pergi tengok baju. Baju pengatin dah macam ala-ala princess pulak. Siap ada latihan catwalk lagi. Dan lagi satu yang paling terkejutnya aku ialah program tu di buat disalah satu mall yang besar kat tempat praktikal. Aduhh masalah sebab walaupun aku jenis gila-gila tapi penyegan jugak aku.

Masa hari kejadian tema bridal tapi yang scary la. Haa kau tengok hasil seni salah seorang pelajar. Memang power budak ni. Cantikkan make up. Orang panggil make up pengantin hantu tapi hantu cantik la. Huhu.


BBM 3410/18 : PROF MASUK TV AL-HIRAH

Assalamualaikum semua ingat tak entry aku sebelumnya tentang mohon isnin kelas online. Inilah tugasan yang diberikan.. harap korang enjoy baca kisah ini.

Aku bangun pagi macam biasa sepatutnya orang dah balik upm tapi masih lagi dekat rumahku. Sebab aku balik rumah lambat sebab jadi petugas konvo masa cuti midsem. Lagipon esok selasa merupakan hari Depavali memang sah lah kelas cancel. Hehe. Jadinya aku bangun pagi tu siap-siap dengan family aku nak keluar pergi sarapan dekat luar selepas itu membeli barang-barang keperluan.

Lepas itu aku perasan smart phone aku no dari tadi vibrate non stop je. Aku tengok whatapps perghhh giler apa yang bising sangat dalam group kelas aku sampai beratus chat group whatapps masuk. Aku pun belek-belek chat rupanya ada tugasan online daaaa.. hahahaa.. tugasan yang prof bagi ni senang je cuma tangkap gambar prof masa tengah live dalam tv Al-Hijrah tapi make sure gambar prof on point okay dan selepas itu masuk ke dalam instagram pula. Nampak senang kan tugasan tapi aku dahlah dekat luar mana nak tengok tv lagi di tambah bagi masa sampai pukul 11 pagi. Habis tu tidak akan aku nak suruh keluarga balik rumah untuk aku buka tv dan tangkap gambar lepas itu masuk ig.

Nasib baik ada kat live kat youtube. Aku pun screenshoot gambar video prof lepas tu masukkan di dalam ig. Terima kasih prof sebab bagi tugasan yang mudah je untuk pelajarnya. Ni buat lagi sayang kat prof Normaliza. 

Pengajarannya yang aku dapat dari kejadian tu adalah jika berlaku sesuatu jangan terus gelabah dan rasa masalah tu beban yang berat, hadapi dulu baru kau tahu masalah tu kau besar atau kecil.

BBM3410 : #MOHONISNINKELASGANTIONLINE


Bila tengok tajuk dah siap tanda pagar mohon isnin kelas ganti online. Sebenarnya arahan tugasan ini telah diberikan oleh prof semasa cuti midsem. Ini kerana kelas seterusnya bersama prof pada hari isnin 5 nov selepas cuti midsem akan tetapi pada hari selasa pula 6 nov masyarakat india akan menyambut hari Deepavali. Oleh kerana prof sangat prihatin terhadap pelajar yang menyambutnya tapi dengan syarat semua pelajar perlu upload gambar di instagram dengan menunjukkan tangan tanda OK.  Pastikan ada 80 hastag persamaan dengan 80 pelajar. Apa-apa pun selamat menikmati cuti midsem yang terakhir sebagai pelajar bachelor.

Thursday, November 15, 2018



BBM 3410/18 : EDIT KALENDAR MENGGUNAKAN PHOTOSHOP


          Hai… pada kali ini penulisan saya berkaitan dengan tugasan pada hari ini iaitu tugasan online lah kita sebab kelas dibatalkan. Prof telah beri kami tugasan yang baru untuk merakam video selama 3 minit. Dalam video tu perlu menerangkan proses membuat tugasan. Sebelum lupa dalam subjek ni tugasan yang paling penting sekali adalah tugasan kalendar untuk tahun hadapan. Nak hasilkan calendar tu saya menggunakan photoshop. Hahaa saya mula-mula nak guna photoshop memang terkial-kial, lama-kelamaan rupanya tak susah mana pon menggunakan photoshop ni.


         Oleh itu, saya akan tunjukkan sedikit video tentang hasil tugasan saya di youtube dan ini link https://youtu.be/rd_xDSiE3RE  untuk korang tengok video ini. Semoga bermanfaat ye. Terima kasih.







          

Saturday, November 10, 2018


BBM3410/18: TELUR TIKET KE SYURGA

Wahhh tajuk kemain lagi. Ni aku nak share cerita aku tentang sedekah. Semua orang tahu bersedekah itu memberi banyak kebaikan disamping mendapat ganjaran Allah S.W.T. Tapi ni aku nak cerita tentang diri aku. Aku ada duduk di kolej. Kalau anda tahu di kolej aku ni dekat aras dua blok aku ramai orang akan meletakkan makanan atau jualan lain di tepi tangga. Jadi aku pun cuba lah letak sesuatu untuk aku jual. Aku jual telur. Yelaa bagi aku telur makanan yang paling mudah nak masak dan lagi satu murah. Hehe.. Student biasalah banyak nak guna duit jadi kena lah berjimatkan.

Pada mulanya okay je aku jual orang bayar. Tapi aku tak tahu la ada spesies panjang tangan. Selama ni aku ingat duduk universiti ni orang educated la pemikirannya. Dah la perempuan tapi perangai mencuri pulak. Sedih sapa jadi suaminya. Jadi aku letak barang tapi lepastu aku tengoklah barang takde ohh ingat orang dah beli rupanya dengan duit pun takde. Aku memang dah jangka benda ni akan berlaku sebab itu risikonya. Kalau sekali dua takpe ni makin aktiv pulak macam takde rasa bersalah pulak pencuri tu. Aku fikir takpelah sekali dua tapi kalau hari-hari hurmmm…aku pun bukan orang senang jugak. Aku bantu kau dengan memudahkan kau takyah pegi jauh-jauh ke pekan dan aku jual lebih murah kot sebab sama-sama student aku tahu rasa macam mana takde duit nak makan.

Aku sedihlah sebab wujud juga perempuan mencuri..hahaaa.. Lepas tu aku ada meluahkan apa aku rasa ni dekat seseorang ni. Dia kata takpe sabar anggap jela tu sebagai sedekah. Sedekah akan membersihkan hati, melapangkan fikiran dan memberi ketenangan dan kebahagiaan. Manatau telur tu menjadi tiket ke syurga kalau kita betul-betul ikhlas, In sha Allah. Mak aku pun ada cakap mesti orang tu betul-betul takde duit sebab kalau ada duit orang tu pasti takkan mencuri. Rupanya ada orang susah sampai nak makan pon takde duit. Mak suruh niatkan dalam hati supaya anggap semua tu satu sedekah.

BBM3410/18 : MUZIK VIDEO ONE SHOT

           Aku ni boleh  dikatakan  sebagai kayu la dalam menari. Manalah aku pandai sangat dalam menari apalagi nak buat video. Haaaaa… untuk kali ini tugasan daripada prof  kami ialah buat satu music video one shot. Kumpulan kami telah memilih lagu tamparan wanita dari kumpulan Elite… haaa tertampar jiwa dan perasaan sebab nak kene menari.

             
Lepas buat rakaman tu kena pula masukkan di dalam youtube. Hurmmm matilah nak oiii… its okay we can solve the problems dengan memakai mask yang dibeli di Mr.diy. Blingg…blinggg tau mask yang dibeli. Dalam menyiapkan muzik video tersebut kami kesuntukkan masa sebab ahli group kami banyak bertindih kelas untuk mencari masa lapang disebabkan oleh minor kami yang berbeza. Akhirnya we make it juga tapi tengok video kumpulan elite dalam 20 minit dan terus rakam. Hurmmm for me okay la sebab kami bukan ambil subjek menari-menari ini janji cara kau buat betul iaitu ONE SHOT VIDEO. 

Wednesday, November 7, 2018


BBM 3410/18 : Makna Simpulan Bahasa Disebalik Gambar

Tugasan yang diberi oleh prof kali ini adalah setiap kumpulan hendaklah menangkap gambar yang memberi makna kepada simpulan bahasa yang dipilih. Sebanyak simpulan bahasa yang dipilih adalah mata duitan, panjang tangan, kaki bangku, cuci mata, anak emas, gulung tikar, pasang telinga, perang mulut, rabun ayam dan panas baran.

Antara lokasi kami menangkap gambar disekitar UPM dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Sempat kami bergambar selepas selesai tugasan yang diberikan.

Kami hendaklah melakukan pembentangan untuk tugasan ini dalam bentuk powerpoint.


BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...