Wednesday, October 10, 2018



BBM3410/18 :Flatlay , Half  Flatlay, Quater Flatlay dan Zero Flatlay

Haaa.. tengok tajuk apa kebenda tu..nama makanan kah..kah..Sebenarnya tu adalah tugasan terbaru kumpulan kami. Prof Normaliza telah memberikan tugasan teknik flatlay. Tugasan yang diberi di dalam kelas dan lebih menyukarkan lagi adalah dateline tugasan tersebut pada hari itu juga dan sebelum 12 tengah hari. Oleh kerana arahan itu kami apa lagi terus melakukan tugasan tersebut. semasa melakukan tugasan kami ada salah faham antara ahli kumpulan mengenai arahan yang diberikan oleh prof. Kami ingatkan 5 produk untuk 5 flatlay..rupanya 20 gambar yang berlainan. Setiap flatlay mesti berlainan produk. 

Selepas itu kami telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Apabila kami ingin memasukkan gambar tugasan di dalam instagram, kami sudah melihat kesalahan yang kami lalukan disebabkan tengok kumpulan lain berbeza dengan kami. Bukan satu kumpulan sahaja tapi semua kumpulan berbeza dengan kami. Hurmmm maknanya kumpulan kami salah buat tugasan. Dalam keterpaksaan dan keredoan kami perlu buat semula tugasan tersebut.


No comments:

Post a Comment

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...