Thursday, October 11, 2018


BBM3410/18 : MALANG ATAU HADIAH

          Okay bila kamu semua membaca coretan ini aku pasti korang akan fikir elehhh benda biasa je, rilek la sistor gitu...huhu tapi bila korang mengalaminya ianya betul-betul menguji kesabaran aku. Macam ni pada 6/10/2018 tarikh yang tidak akan aku lupa. Pada hari tu majlis perkahwinan adikku belah lelaki. Adikku perempuan jadi belah suami dialah kan. Jadi keluarga kami kira bertandang ke sana pula.
          
          Aku pendekkan cerita lah sebab takkan nak cerita dari bangun pagi sampai kami di majlis itu. Macam ni ceritanya masa majlis tu kan belah lelaki telah sediakan meja santapan raja sehari sekali dengan keluarga. Jadi aku ambil tempat untuk duduk boleh dikatakan tempat vip la gitu. Aku makan la macam biasa..aku duduk sebelah mak aku dan mak aku duduk sebelah pengantin jadi korang bayangkan macam mana keadaan tu. Lepas tu aku nampak lah lauk ketam jadi aku bangun untuk ambil lauk tu. Bila aku dah ambil lauk tu aku nak duduk tak perasaan kerusi tu dah jatuh ke bawah. Memang sebelum tu aku dah tahu tanah tu tak rata jadi aku rasa boleh duduk situ kalau berhati-hati. Bila dah ambil makanan tu aku terus duduk tanpa tengok dulu kerusi tu apalagi terus jatuh tergolek kat belakang sekali dengan lauk ketam tu...Hahaaa time aku menulis ni aku dah boleh geelakkan diri aku sendiri. Masa jatuh aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu, rasa nak mencarut, marah dan menangis. Antara 3 pilihan tu aku pilih menangis. Masa tu juga mood aku keluat, hilang selera makan dan aku memang pantang orang nak ambil gambar aku masa tu.

          Yela kau bayangkan meja pengantin mengadap orang kan dah tentu-tentu aku jadi tumpuan. Ya Allah malu gilerr masa tu yela dah pakai baju dan make up elok-elok untuk majlis tu tapi dah kene cop dulu dengan lauk ketam. Hahahaa..memang malang nasib aku hari tu. Boleh merajuk dengan semua orang taknak makan taknak ambil gambar bersama keluarga masa tu. Aku rasa rugi sangat tak ambil gambar dengan keluarga aku..Sorry lisa sebab masa tu takde mood lansung nak buat apa-apa rasa nak balik terus je. 

          Tapi aku rasa bersyukur sangat sebab aku yang duduk kerusi tu. kalau mak aku yang duduk mesti dah jatuh mak aku. Takpe la biar aku yang jatuh dari mak aku. Tengok sayang aku kat mak aku. Pada hari itu mungkin satu hari yang malang bagi aku tetapi juga hadiah bagi aku sebab dari sebab aku dapat muhasabah diri dan berfikiran positif mungkin ada hikmah di sebalik itu.

MAAF UNTUK CORETAN KALI INI TIADA GAMBAR SEBAB AKU SEDIH MASA KEJADIAN TU.

Wednesday, October 10, 2018



BBM3410/18 :Flatlay , Half  Flatlay, Quater Flatlay dan Zero Flatlay

Haaa.. tengok tajuk apa kebenda tu..nama makanan kah..kah..Sebenarnya tu adalah tugasan terbaru kumpulan kami. Prof Normaliza telah memberikan tugasan teknik flatlay. Tugasan yang diberi di dalam kelas dan lebih menyukarkan lagi adalah dateline tugasan tersebut pada hari itu juga dan sebelum 12 tengah hari. Oleh kerana arahan itu kami apa lagi terus melakukan tugasan tersebut. semasa melakukan tugasan kami ada salah faham antara ahli kumpulan mengenai arahan yang diberikan oleh prof. Kami ingatkan 5 produk untuk 5 flatlay..rupanya 20 gambar yang berlainan. Setiap flatlay mesti berlainan produk. 

Selepas itu kami telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Apabila kami ingin memasukkan gambar tugasan di dalam instagram, kami sudah melihat kesalahan yang kami lalukan disebabkan tengok kumpulan lain berbeza dengan kami. Bukan satu kumpulan sahaja tapi semua kumpulan berbeza dengan kami. Hurmmm maknanya kumpulan kami salah buat tugasan. Dalam keterpaksaan dan keredoan kami perlu buat semula tugasan tersebut.


Tuesday, October 9, 2018


BBM3410/18 : SATU SUMPAHAN ATAU JODOH


Pehhhh tajuk tak boleh blahh..Hahaha. Pada 29/9-30/9 telah berlansung majlis perkahwinan adikku emaliza. Sebenarnya ini merupakan majlis perkahwinan yang kedua di dalam rumah ini tapi yang pertama bukan aku yang jadi pengantinya tapi adikku Aisyah juga. Okay kiranya dah dua orang adikku sudah berkahwin..Ohh lupa aku mempunyai 3 orang adik di bawah aku dan aku merupakan anak sulung. Sepanjang majlis sedara mara semua menyakat aku suruh bila aku nak kahwin. Mak cik aku cakap tak baik langkah bendul sebab bila kau dah lepas adik dulu berkahwin ianya satu sumpahan yang kau takkan berkahwin sampai bila-bila.. Apa punya cerita lah yang pastinya tidak sahih sama sekali sebab jodoh di tangan Allah.. Aku sebagai kakak sulung akan lepaskan adik-adik dulu supaya akaknya tak risau dah. Lagipun dah jodoh adik aku sampai dulu kan takkan nak halang. Ehh kita bukan memilih tau sebab aku dan dia masih belajar dan ada matlamat masing-masing. Apa-apa pun aku bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan dan aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Doakan aku ye kawan-kawan semoga aku beristiqamah bermula dari hati. Ini aku tunjuk beberapa keping gambar majlis perkahwinan adikku emaliza..Nasib sempat bergambar sebab yela tuan rumah busy sikit sampai nak makan pun tak sempat.

Keluarga Kecilku. My Nyawa. haaa sedih sepatutnya ada lagi sorang adikku Aisyah Tapi dia pergi hantar keluarga belah lelaki balik rumah.. takpe walaupun kau takde dalam gambar tapi ada dalam hati..cewahhhh


Thanks korangg sanggup datang dari Upm sebab nak datang majlis adik aku. Tapi ada cerita kelakar tau sebab nak datang rumah aku sesat sampai ke gunung ledang..Aduii ni mesti korang turun kat tangkak ni..kan dah kene patah balik jauhh tu.. lain kali turun tol simpang ampat atau jauh sikit tol senawang ye. 


Nak cakap gambar ni sebenarnya sangat mahal. Yang tahu je tahu. Dan aku bersyukur atas segala perancangan Allah.

Sebenarnya banyak gambar lagi nak share tapi terlalu peribadi..Hehe. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca coretan aku yang tak seberapa ni.

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK

Hi actually sebelum saya post tentang jenis-jenis shot saya sepatutnya post mengenai asas grafik..hehe.. Prof Normaliza telah menerangkan mengenai asas grafik dan menjadi tugasan pertama berkumpulan. tugasan kami adalah setiap kumpulan perlu mencari 5 gambar yang mempunyai asas grafik. 










Tuesday, October 2, 2018


BBM3410/18 : AKASIA PRODUCTION - Kuliah Minggu 3













Pada kali ini pelajar BBM3410 telah diberikan tugasan berkumpulan. Kumpulan saya ialah kumpulam Akasia production yang terdiri 10 orang ahli iaitu saya, fatin, mira, hasmida, nani, syu, dini, fidah, syira dan dzuraini.

Setiap berkumpulan hendaklah menghasilkan gambar mengikut jenis-jenis shot terdiri daripada mug shot, long shot, medium shot, Potrait, Bird's eye view dan over the shoulder. Setiap kumpulan perlu mengambil 3 keping gambar pada setiap shot. Tugasan tersebut mestilah dihantar ke dalam akaun instagram masing-masing.


                                                                 








                                                        MUG SHOT



                       
                                                               








                                                  LONG SHOT



 



                                                                  MEDIUM SHOT


 
OVER THE SHOULDER



                                                         BIRD'S EYE VIEW




  

                                                             POTRAIT


Antara lokasi pengambaran sekitar Bukit Ekspo, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan sekitar Serdang. 

Pelbagai cabaran yang telah dihadapi semasa tugasan ini dijalankan ialah kekangan masa. Ini kerana tidak semua pelajar yang mempunyai jadual masa yang sama. Oleh itu, kami perlu mencari masa yang sesuai untuk kami sama-sama menyiapkan tugasan. Selain itu, cabaran yang dihadapi ahli kumpulan kami ialah untuk gambar birds eye view. Ini disebabkan kami perlu mencari idea pemandangan bagi seekor burung. Kami perlu mencari tempat yang tinggi dan mengangap seperti mata seekor burung.



Walaupun begitu, saya sangat seronok melakukan tugasan ini bersama dengan rakan-rakan ahli kumpulan yang banyak membantu untuk menghasilkan gambar yang menarik.

BBM3410/ TUGASAN FACEBOOK Tugasan kali ini, Prof telah menyuruh kami untuk memuatnaik dua status mengenai Profesor Normaliza. dal...